Friday, July 12, 2013

Jatuh..Bangun..

Dunia ni adalah tempat di mana manusia bertanggungjawab untuk menguruskannya. Allah telah mengurniakan nikmat kehidupan melalui sumber-sumber muka bumi yang amat berharga. Hasil galian, tumbuh-tumbuhan diteroka manusia untuk menjana sumber kehidupan seharian. Konsep rezeki dikurniakanNya kepada sesiapa saja yang berusaha tidak kira agama dan bangsa. Keindahan islam telah menyempurnakan kehidupan kita, yang mana kita harus berusaha dan menyerahkan diri kepada Allah iaitu bertaqwa, dalam erti kata tawakkal kepadaNya.

Apabila kita berjaya, kita tidak boleh menganggapnya atas usaha kita sendiri tanpa perkenan Allah s.w.t. Islam mengajar kita untuk sujud syukur atas kesaksian kita 'asyhaduallailahaillallah wa asyhaduannamuhammadurrasulallah. Oleh yang demikian sedarlah kita sebarang bentuk kejayaan dan kesusahan adalah ujian dari Allah. Beruntunglah barangsiapa yang diuji dengan pelbagai musibah kerana Allah s.w.t sayang akan hambanya tersebut. Malanglah barangsiapa yang terus hanyut dalam kehidupan dunia yang fana ini. Moral di sini adalah konsep menerima ketentuan illahi dan bersyukur oleh kerana Allah masih lagi kasih akan hambaNya yang diuji dengan kesenangan dan kesusahan tersebut.

Iman manusia dan darjatnya diangkat oleh penciptanya. Oleh itu orang yang terpilih untuk menerima sebarang ujian harus berasa tabah, sabar dan bersujud kepadaNya. Adalah lebih mulia apabila seseorang jatuh seketika, bermuhasabah, dan berusaha bingkas bangun daripada orang yang berjaya, leka dan akhirnya jatuh dalam keadaan hina akibat kufur kepada nikmat Allah s.w.t
Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment