Toyota corolla mula diluncurkan oleh Toyota Motor Corporation (Japan) pada tahun 1966. Keluarga Toyoda merupakan antara pelopor industri permotoran toyota yang rancak bersaing pada ketika pengeluar-pengeluar kereta jepun berusaha mengimbangi produksi nama-nama besar blok eropah seperti BMW, Mercedes, Opel, Ford, Citroen dan sebagainya.
Pengenalan generasi pertama corolla melalui model dari generasi E10 yang lebih dikenali di negara kita sebagai KE10 amat memberangsangkan menjurus kepada kesinambungan generasinya seperti E20, E30, E70, E80, E90, E100, E110 dan seterusnya. Setiap generasi berjaya mengharumkan nama toyota melalui model-model KE10, KE20, KE30, KE70, AE82, AE86, AE92, AE101, AE111.
Generasi ke-6 iaitu E90 mula diluncurkan pada tahun 1987 hingga 1991. Didatangkan jenis badan sedan 4 door, liftback 5 door, hatchback 3/5 door, coupe 2 door, dan station wagon 5 door. Bagi pasaran negara kita hasil usaha sama Toyota Motor Cororation (Japan) bersama pengilang tempatan, Toyota corolla dipasang dan dijual dengan jenis badan sedan 4 door dan liftback 5 door.
Toyota corolla GL sedan 4 door 1987-1989 merupakan gred paling asas yang mana didatangkan dengan kod badan EE90 (2E 12 valve carb.). Manakala Toyota corolla 1.6 GL adalah gred yang lebih mampan dengan tambahan kelengkapan cermin sisi dan tingkap kuasa elektrik (4A-F 16 valve carb.). Gred ini didatangkan dengan kod badan AE92.
Toyota corolla SE sedan 4 door 1990-1991 pula merupakan gred paling asas yang juga didatangkan dengan kod badan EE90 (2E 12 valve carb.) Manakala Toyota corolla 1.6 SE LIMITED adalah gred yang lebih mahal dengan penambahan kelengkapan seperti gred 1.6 GL. Ia juga didatangkan dengan kod badan AE92.
Setiap keluaran untuk kod badan AE92 ditawarkan dengan versi manual 5 speed dan juga automatik 4 speed. Jika diperhatikan model 1987 dan 1990, terdapat perbezaan facelift dan dalaman yang agak ketara. Model keluaran 1990 menampilkan perubahan warna kaca lampu belakang, lampu pantulan pada reflector dan bumper depan belakang yang lebih segar serta lining pintu. Begitu juga penonjolan tekstil kusyen, trim pintu yang lebih menarik.
Satu lagi model di dalam generasi ke-6 corolla yang terdapat di negara kita ialah Toyota corolla liftback 5 door. Ia juga didatangkan dengan gred, trim yang sama dengan corolla sedan 4 door pada tahun 1987-1991. Model ini juga berjaya menarik perhatian pecinta corolla walaupun hakikatnya model sedan 4 door lebih meletup di kalangan pengikut kereta keluarga Toyota ini yang merupakan musuh utama Honda civic. Di negara kandungnya corolla liftback ini dikenali sebagai Toyota sprinter cielo a.k.a hamburger.
Rasanya cukup untuk kali ini. Artikel ini merupakan terjemahan kefahaman penulis melalui pemerhatian dan rujukan yang dibuat. Artikel ini juga tidak terlepas dari percanggahan fakta dan oleh itu diharap pembaca yang rata-rata terdiri daripada otai Toyota dapat berkongsi pendapat. Insyallah di lain waktu penulis akan menyambung perbincangan dengan lebih dalam terutamanya model-model E90 JDM yang biasanya menjadi kiblat peminat tegar Toyota di negara ini..jzkk
Aslm tuan..kalo ade n3 bergambar lg gempak..tk
ReplyDelete